06 July 2012

COOLfm: The Rises


Yerp.. It's been a while kan since post last aku mengenai COOLfm? Ye, bagi pendengar setia stesen radio online yang cool ini, terima kasih atas kesetiaan bersama kami dan bagi yang baru-baru nak berjinak dan baru nak kenal apa itu COOLfm, meh, sit down have a tea dan relax di sini.

At the beginning of kemunculan COOLfm, seperti yang aku pernah post pada entry yang lepas-lepas, COOLfm ni berkonsep kan santai dan ceria. Ia suatu zon di mana semua belenggu stress dan tekanan, kita cuba leraikan dan terbitkan satu senyuman supaya kita kembali energize adrenalin dalam badan supaya semua pendengar menjadi ceria dan sejahtera. Dan pembawaan konsep itu, tetap di pegang teguh dan erat supaya objektif dan matlamat utama penyiaran radio online COOLfm menjadi kenyataan.

Every event, every single outcome sure ada peak dan low nya. Di situlah kita dapat mempelajari sesuatu agar menjadi teladan dan batasan untuk masa hadapan. Imej COOLfm jua begitu. Di sini, sangat jelas di statekan di mana, COOLfm bukan seperti radio-radio station yang lain. Jika anda, ingin compare atau dengki terhadap COOLfm, anda buat pada channel atau medium yang salah. Simpan saja bebelan, kutukan, perbandingan anda itu. Di COOLfm, kami tidak meniru sesiapa, kami berjalan atas imej serta konsep kami sendiri. Senang cerita, kami lain dari yang lain. Pembawaan siaran COOLfm jelas terang indie dan kami tak terikut dengan konsep sesiapa.



Bila bercakap tentang konsistensi, ramai yang tertanya mengapa COOLfm sejak kebelakangan ni asyik off on je. Kadang rancak, pastu senyap lama. Dan segmen-segmen yang dahulunya ada, kini dah takde. See? Actually, kalau korang perasan, actually pemikiran korang tu dah diserapkan oleh imej atau konsep stereotype yang korang dapat dari stesen-stesen radio yang lain. Jangan memandang COOLfm as a radio station. Kerana COOLfm, bukan hanya sebuah station. Ia merupakan satu pesona atau intreperasi seni yang cuba diluahkan dalam bentuk colourful dan santai. Ia ibarat korang stim tanpa gunakan dadah, hanya memerlukan halwa telinga korang untuk nikmati dan selami humor dalam diri yang barangkali sudah lama tersimpan di dalam hati.

"Rehat" yang dialami oleh COOLfm baru-baru ini bukan bererti COOLfm tidak lagi beroperasi, tetapi ia adalah sebagai suatu "mark" atau "check point" untuk menilai prestasi serta pengembangan idea lain supaya susulan lanjut memberi impak yang lebih besar serta "Ummpph!".

The rise of COOLfm kini telah pun bermula. Kalau korang semua perasan, terdapat pelbagai segmen dan slot-slot menarik yang telah disiarkan khas untuk korang. Slot seperti Semak Saat dengan puisi-puisi padu beliau, segmen masakan dengan resipi terkini dan baru-baru ni interview bersama Dukun Teluh Ako Lambada. The idea is not going to stop there.. pelbagai slot dan segmen menarik lagi yang akan disiarkan.

Oleh itu, bare this in mind, sometimes, kita kena keluar dari kepompong stereotype yang melanda minda untuk free kan diri dari terikut dengan satu arus yang sama. It's ok to be fun. Ia adalah hak anda untuk berasa happy. Di sini, COOLfm akan leraikan tali-tali yang mengikat anda dengan stereotype serta ke-skema-an yang hari-hari memangkinkan tahap stress korang tu...

So, stay tune bersama COOLfm for the rise will be legendary!






No comments:

Let's Interact!

me>