26 July 2012

Ramadhan 2012: Bersahur dan Berbuka


Okay... Bila bercerita pasal puasa je, of course antara topik paling menarik untuk dibicarakan antara keluarga, kawan-kawan atau sesiapa saja pada hari itu adalah, "Berbuka kang nak makan apa ye?". Yup, memang secara lazimnya, apabila minda dipengaruhi oleh perut yang menjerit-jerit supaya diisi, ia akan trigger pelbagai idea bagaimana dan apa rasa yang ingin dinikmati kononnya sebagai "meraikan" kejayaan untuk berpuasa pada hari itu.

Hehe.. untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan, semestinya kita perlu pastikan makanan yang kita makan tu adalah bersih serta tidak terlampau bertoksid. Dan nasihat ini juga aku tujukan kepada diri sendiri jugak. Ye la kan, dalam keadaan lapar, of course lah selera kita membuak-buak. Semua benda nak makan. Pantang nampak makanan sedap je, nak rasa. Sampai beli atau masak banyak-banyak.

Perut kita kosong apabila berpuasa dan ini akan menyebabkan "kejutan" pada bahagian itu sekiranya kita main "rempuh" je. Tu la puncanya sakit perut, kembung, gastrik dan sebagainya. Seperti peribahasa, "Orang Afrika mati sebab tak makan, orang kita mati sebab terlebih makan".


Mulakan berbuka dengan buah kurma. Atau buah yang tidak masam. As a trivia, dalam kurma mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Dan lepas makan makanan sunnah nabi itu, baru lah kita makan makanan yang lain pulak. Dan sebaiknya, jangan makan makanan yang terlalu pedas atau masam. Nanti ke toilet je tak sudah. Dan jangan sesekali makan dalam kuantiti yang banyak. Nanti dah serupa tangki air kang perut tu. Dah nak solat pun susah nanti. Better makan sikit dulu, solat selepas tu kalau nak sambung makan balik, sambung la. Dan lebih baik lagi kalau, pergi solat terawih dulu, baru makan.


Serupa jugak dengan bersahur. Ramai yang beranggap kalau bersahur tu kena makan dengan banyak supaya sepanjang hari berpuasa nanti tak lapar. Kepada yang beranggapan begitu, sila buang jauh-jauh teori korang tu. Sebenarnya even kalau makan dengan terlalu banyak pun, bila dah hadam, korang tetap akan rasa lapar jugak. Sama je. Tapi yang membezakan adalah, kesihatan korang serta tahap kecerdasan korang. Bila dah makan dengan banyak, korang akan cepat ngantuk dan kurang cerdas. Lembik je. Cukuplah bersahur dengan ala kadar. Untuk isi perut. Pastikan korang makan makanan yang berserat tinggi dan berprotein untuk tenaga. Kalau pagi-pagi tu korang dah tibai dengan makanan berlemak, tu yang nanti pelik dan hairan kenapa even dalam bulan puasa, berat badan tak turun-turun.

So, renung-renungkan ye. Sometimes permakanan kita memainkan peranan yang besar dalam kehidupan. Tahap produktiviti dan kecergasan seseorang tu bergantung di atas apa yang mereka consumekan sehingga menjadi sistem dalam badan. Sempena bulan yang mulia ni apa kata korang rileks dan buat perubahan. Bila badan sihat, jiwa kita akan bertambah kuat.

p/s: Mari kita turunkan berat badan!!



Post a Comment

Let's Interact!

me>