29 July 2012

Olympic London 2012: All The Best Malaysia!


Sukan Olimpik London 2012 telah pun membuka tirainya dan kini para-para atlit luar biasa akan berentap demi maruah negara masing-masing. Dan kali ini, bagi atlit-atlit Islam, cabaran mereka bertambah kerana mereka perlu berentap sambil berpuasa. Puasa itu tidak menjadi halangan sebenarnya seandainya mentaliti kuat.

Aku baru je tengok kembali opening ceremony Olympic London 2012 ini, dan aku akui, dalam mana-mana temasya sukan, aku paling suka tengok bahagian pembukaan mereka. Ia menjelaskan kreativiti sesebuah negara hos itu dalam mempromosikan negara mereka.  For me, bukan aku tak suka culture bangsa sendiri tapi aku juga kagum dengan culture English ini. Bagi aku mereka lebih baik daripada Americans. Mereka antara yang membawa arus atau revolusi yang banyak terhadap perkembangan dunia.





Dalam pembukaan ni, kita boleh lihat asal usul culture English dari zaman-zaman yang aku gelarkan sebagai "gentleman" era sehingga revolusi brit-pop. Ini termasuk mengembalikan nostalgia-nostalgia seperti James Bond, The Beatles, Mr. Bean dan kisah-kisah fairy tales English seperti Mary Poppins.


Well, enough dengan pembukaan, kalau korang terlepas tengok, sila tengok video yang aku dah pun sediakan ye di bawah.


My upmost best wishes aku tujukan kepada kontinjen Malaysia yang akan bersaing merebut pingat emas di temasya terbesar dunia ini ye. Tunjukkan daya saing yang padu dan tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia juga berupaya bersaing dengan bintang-bintang ternama dan tidak boleh dipandang rendah. Kikiskan sikap rendah diri terhadap pihak lawan dan terus berjaya dalam acara masing-masing. Semoga dengan kejayaan mencapai atau melampaui target negara, Perdana Menteri kita akan berikan kita cuti umum nanti. Hehe...

Selamat Maju Jaya Malaysia!!

p/s: Cool gila tengok mini sketch Mr. Bean dan David Beckham bawak bot dalam Opening Ceremony ni. Antara acara pembukaan yang paling touching pernah aku tengok.


(ini gambar slideshow saja.. kalau nak tengok video full dia... lawati http://www.youtube.com/user/olympic?v=H2VPSjHnc2E ....enjoy!!)

No comments:

Let's Interact!

me>