31 December 2013

Batman And Life As We Know It. 2013 Closing Curtains.


Salam semua.

Ini barangkali post panjang aku yang terakhir untuk tahun 2013 ini.

Apa yang aku dapat summerize daripada kita semua sepanjang tahun ini? Atau lebih senang apa yang aku dapat lihat daripada hidup ini dari aku lahir sehingga ke hari ini. Hmm.. kalau aku nak berceramah aku tak berapa nak reti tapi mungkin aku boleh olah daripada filem yang aku sangat minati. Teruskan membaca dan harap korang akan faham apa yang aku cuba sampaikan.

Aku sangat meminati Batman. Bagi aku beliau merupakan satu watak superhero yang paling realistik berbanding watak superhero yang lain. Malah kadang-kadang pasal Batman ni boleh buat gaduh. Kalau tak percaya, tanya wife aku. Haha.

Dalam Batman Begins, kita dapat pelajari bahawa gila kuasa, korupsi dan politikus yang rosak akan memakan manusia dari dalam. Yang kaya akan menjadi semakin kaya. Yang miskin akan menjadi semakin miskin. Keadilan boleh dibeli dengan wang dan kegembiraan manusia adalah suatu mitos dan wayang bagi menutupi kesengsaraan yang lain di samping menghalalkan dosa. Ramai yang inginkan keamanan dan keadilan. Namun, cara atau interpretasi keamanan itu barangkali berbeza. Sepertimana sifu kepada Batman, Ras al Ghul yang percaya bahawa untuk menentang korupsi, satu bandar Gotham harus hidup dalam ketakutan dan berbunuhan sesama sendiri untuk 'membersihkan' kembali keadaan dan start semuanya baru. Tidak bagi Batman yang berpendapat bahawa manusia memerlukan suatu simbol dan persona keadilan yang tidak orang ketahui. Suatu simbol yang nyata di mana manusia lebih takutkan kepada dunia berbanding hukuman neraka di akhirat kelak. Sepertimana kita semua, yang lebih gentar terhadap kesengsaraan dunia berbanding mengikut jalan yang telah ditentukan oleh yang Maha-Esa. Dan akhirnya, perbalahan pendapat mengenai "keamanan dan keadilan" ini disudahi dengan peperangan di atas sebab 'perbezaan pendapat' walaupun objektifnya sama. Manusia juga mempunyai trauma dan ketakutan tersendiri setiap individu, namun jika kita berjaya hadapinya, kita mampu melihat satu perspektif yang lain, yang lebih jitu dan lebih cerah berbanding tidak mengetahui apa-apa. Seperti quote ahli falsafah, "Kita adalah musuh terhadap apa yang kita tidak tahu". Jelas terbukti dalam sosiologi manusia yang kita lebih cenderung untuk takut terhadap perkara yang telah difitnahkan dan di war-warkan tanpa usul periksa. Menjadikan kita satu umat yang sentiasa dalam ketakutan. Ketakutan yang kita sendiri tidak tahu.

Dalam The Dark Knight (sekuel pertama filem ini), kita dapat pelajari bahawa semua manusia adalah sama. Tiada seorang pun yang perfect dan tiada seorang pun dapat lari daripada melakukan kesilapan. Sepertimana Joker mampu menukarkan seorang ikon keadilan rakyat iaitu Harvey Dent, seorang pendakwa raya untuk berubah menjadi jahat. Daripada seorang yang memartabatkan pejuangan rakyat kepada seorang berhati binatang. Kerana kita semua manusia. Kita semua punyai malaikat dan juga syaitan di dalam diri kita yang kita sendiri tentukan karekter mana yang kita ikuti. Walaubagaimana pun kita cuba kekal menjadi baik, namun kita tidak dapat terlepas daripada melakukan atau serong ke arah kejahatan. Di samping itu, Joker juga mengajar kita bahawa jika ingin melakukan sesuatu, lakukan demi kepuasan hati. Bukan kerana wang. Kerana jika kita melakukan kerana wang, maka keikhlasan itu tidak akan terjadi. Seperti juga manusia sekarang yang kononnya seorang penderma tetapi ingin sekali media paparkan namanya besar-besar di merata tempat. Seperti juga orang-orang yang menceritakan kerja-kerja membantu secara ikhlas mereka kepada semua orang. Semuanya menimbulkan riak. Semuanya fake belaka. Dan akhirnya, semua kerja-kerja itu menjadi suatu cacian pula. Dan dalam filem ini juga, kita diajar supaya jangan melihat atau menilai orang melalui statusnya, pemakaiannya, pekerjaannya dan wajahnya. Ini jelas terbukti dimana dalam satu eksperimen yang dijalankan oleh Joker yang mengasingkan antara banduan dan orang awam biasa di dalam 2 buah kapal berlainan mempunyai remote bom bagi meletupkan kapal yang lain. Banduan mampu saja meletupkan kapal yang satu lagi namun mereka tidak berbuat demikian. Mengapa? Kerana kebaikan di dalam hati manusia. Sejahat-jahat mana pun mereka, masih mempunyai harapan dan 'malaikat' yang sucikan keperibadian mereka.

Dan dalam sekuel terakhir Batman buat masa ini iaitu The Dark Knight Rises, kita mempelajari bahawa jika suatu perjuangan itu diperjuangkan dengan sepenuh hati, maka pastinya terdapat legasi dalam perjuangan itu. Seperti bayangan Ras al Ghul yang menjelma dikala Bruce Wayne mencari jawapan terhadap persoalan yang bermain diminda mengenai kemusnahan yang akan dilakukan oleh Bane. Di dalam filem ini juga, erti sebuah percintaan dapat dilihat di mana cinta itu tidak semestinya bersatu sepertimana Bane menyintai anak Ras al Ghul iaitu Talia atau nama Gothamnya, Miranda Tate. Cinta Bane terhadap Talia begitu mendalam sehingga sanggup korbankan nyawa beliau sendiri di dalam melengkapkan misi yang telah diperjuangkan oleh Ras al Ghul walaupun bapa kepada kekasihnya itu tidak menerima beliau. Kita juga pelajari bahawa kemarahan dan baran tidak menjadikan seseorang itu kuat. Malah akan menjadikan mereka lebih lemah. Ia akan membuatkan manusia lebih cenderung untuk gagal mengawal diri dan keadaan serta mendedahkan kelemahan yang ada pada diri sendiri. Insiden ini boleh dilihat semasa Bane menewaskan Batman dalam pertembungan pertama mereka. Orang yang tidak merasai takut juga adalah golongan lemah. Mereka merasakan bahawa 'tidak takut' itu memberanikan mereka tetapi ternyata ia adalah suatu kesilapan. Ketakutan adalah suatu motivasi dan pendorong dalam diri manusia untuk maju kehadapan. Takut akan kematian. Takut akan kegagalan. Miranda Tate membuktikannya dengan membuat 'lompatan maut' di dalam penjara tanpa menggunakan tali sebagai 'insuran' dalam usaha beliau melarikan diri. Di samping itu, kita boleh pelajari bahawa manusia sanggup untuk melakukan apa saja untuk sesuatu yang dapat membersihkan diri mereka daripada kesusahan walaupun terpaksa mengkhianati. Seperti Catwoman yang khianat terhadap Batman dalam melepaskan diri beliau sendiri. Di dalam filem ini, Bane cuba menunjukkan sesuatu yang trigger pemikiran kita semua di mana beliau memberikan kota Gotham ini kepada rakyat. Kuasa kepada rakyat di dalam satu sandiwara sebenar beliau ingin memusnahkan kota Gotham. Manusia sangka bahawa jika kuasa diberikan kepada rakyat tanpa adanya kerajaan semuanya akan baik-baik belaka. Tetapi tidak. Kota Gotham akhirnya huru-hara, kacau-bilau dan sebagainya. Keadilan juga tidak mampu ditegakkan dan akhirnya rakyat memusuhi satu sama lain. Bane juga mencanangkan suatu 'revolusi' kepada rakyat tanpa mereka sedari bom nuklear yang telah di setkan tetap juga akan meletup. Bayangkan jika kehidupan kita di dalam dunia ini juga sama. Apabila korupsi dah semakin berleluasa, orang semakin menjauhkan diri dari jalan Sang Pencipta, makan "Kiamat" itu akan muncul untuk menghentikan segala korupsi dan huru-hara manusia. Tidak berguna lagi revolusi atau peralihan kuasa yang ada. Tidak guna lagi ke semuanya. Jadi, persoalannya sekarang mampukah kita halang penindasan manusia yang ada sekarang dalam mengembalikan jati diri yang baik dalam setiap insan supaya tiada lagi orang yang berduka. Tiada lagi yang ditindas. Tiada lagi ketidak adilan. Dan walaubagaimana pun, lambat laun, sama ada kita sempat atau tidak..... kejadian "nuklear" itu tetap juga akan meletup.

So... Thank you Christoper Nolan, Christian Bale dan semua yang menjayakan filem trilogy Batman ini. Banyak yang telah aku pelajari. Yang pasti, aku barangkali tidak akan mendapat moral-moral begini dalam filem Iron Man atau Superman.

Salam Tahun Baru #2014 semua!!


Ditulis oleh:

Kufaz N. ; 31 December 2013.

The Curtain Is Closing... The New Shine Will Appear.


Wow... tak lama lagi kita nak menyambut Tahun Baru dah kan? Tak sangka. Terasa macam sekejap sangat masa ni berlalu. Dalam-dalam menyusuri kehidupan harian, sedar-sedar tahun 2013 semakin hampir ke penutupnya.

So.. By right terdapat pelbagai perkara berlaku di negara kita dalam tahun 2013 yang mewarnai kehidupan kita yang akhirnya bakal disambung pada tahun hadapan. Dalam kehidupan aku pun tidak kurangnya. Tahun 2013 menyaksikan pelbagai perkara baru berlaku dalam hidup aku selain berlibur sana-sini meluaskan pemandangan aku.

Dalam tahun ini jugalah tertubuhnya Flex Media Enterprise yang mewujudkan suatu dimensi yang baru dalam penyiaran radio tanah air kita. Dan pastinya pada tahun hadapan, terdapat pelbagai program yang akan dijalankan dan pelbagai segmen-segmen yang menarik akan tiba di Flex FM!

Haa... aku tau. Sejak kebelakangan ni aku tak kerap menulis seperti biasa. Dalam bulan ni, ni je la beberapa entry yang aku mampu tuliskan. Bukan kerana aku malas nak menulis dah tetapi kalau korang semua nak tau, aku bakal come out dengan stuff-stuff baru untuk channel ini dan barangkali, pada tahun hadapan, The Kufazuke Show bakal keluar vlog yang tersendiri. So... kalau korang semua nak tau apa yang aku preparekan untuk pembaca-pembaca setia channel ini, haaa.... jangan ketinggalan untuk terus bersama setia dengan The Kufazuke Show.

So... sebelum aku terlupa, selamat hari krismas bagi penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru 2014!!

Jom kita berazam menjadi lebih baik di tahun hadapan!! Yeah!!

27 December 2013

Stupid.. Just Plain Stupid.


Aku browse and surf la serata facebook ini untuk melihat post-post menarik dan akhirnya aku terpegun melihat salah satu komen di dalam video di satu page ni. Video tu berkisarkan tentang budak comel Korea yang menyanyi. Comel memang comel. Tetapi komen tu lagi 'comel' kot. Dia kata:

"Comel... memang comel. Walau tak macam saya sangat tapi boleh lah bergandingan sebab saya tahu saya ada mix korea sikit".

- Haishh.. Ko tu, muka dah la muka orang kampung. Muka melayu pure punya. Nama ko sendiri boleh dikatakan seangkatan nama-nama kampung yang lama. Gambar ko pulak gambar bersama mak bapak ko. Mak bapak ko muka pun melayu pure. Dasar fanatik Kpop yang takde identiti.

Aku face palm di hari jumaat terakhir tahun 2013 ini.

Nelson Mandela's Quotes


Seperti yang kita ketahui, salah seorang perwira hak kebebasan manusia, mendiang Nelson Mandela telah pun pergi selamanya. Namun, kata-kata beliau masih segar diingatan dan harus diikuti demi keamanan sejagat. Bukan itu sahaja... bolehlah juga anda sematkan di dalam sanubari anda supaya menjalani kehidupan yang lebih bermakna.


"It is better to lead from behind and to put others in front, especially when you celebrate victory when nice things occur. You take the front line when there is danger. Then people will appreciate your leadership."

"Difficulties break some men but make others. No axe is sharp enough to cut the soul of a sinner who keeps on trying, one armed with the hope that he will rise even in the end."

"It always seems impossible until it's done."

"Education is the most powerful weapon which you can use to change the world."

"A good head and a good heart are always a formidable combination."

"It is better to lead from behind and to put others in front, especially when you celebrate victory when nice things occur. You take the front line when there is danger. Then people will appreciate your leadership."

"If you want to make peace with your enemy, you have to work with your enemy. Then he becomes your partner."

"After climbing a great hill, one only finds that there are many more hills to climb."

"In my country we go to prison first and then become President."

"There is no easy walk to freedom anywhere, and many of us will have to pass through the valley of the shadow of death again and again before we reach the mountaintop of our desires."

- Nelson Mandela.


26 December 2013

The Jangan Rules


JANGAN, JANGAN & JANGAN...

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita.

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas.

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya.

25 November 2013

Kau Cakap Je Pandai... Buatlah... Pedoman Untuk Kita Semua


Kita Cakap... Kita Buat...

Ala.. setakat cakap semua orang boleh cakap tapi berapa ramai yang buat apa yang dia cakapkan tu. Kalau kita lapar, setakat kita cakap nak makan tapi kita tidur tak kenyang. Kena makan dulu la baru kenyang... sama la macam cakap, setakat cakap tapi tak buat mana nak dapat hasilnya beb.

- Kita cakap kita sayang Islam tapi kita buat semua yang Islam larang.

- Kita cakap kita percaya Tuhan tapi apa yang Tuhan suruh kita tak buat.

- Kita cakap kita sayang Nabi tapi ajaran Nabi semua kita tinggalkan.

- Kita cakap maksiat itu berdosa tapi itulah yang kita buat hari-hari.

- Kita cakap nak masuk syurga tapi amalan kita macam nak ke neraka.

- Kita cakap kita sayangkan negara tapi kita jugak yang melingkupkan negara.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
"Ada 4 perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan 1 daripada 4 perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (4 sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah)."


-Riwayat Ahmad-

A Wonderful Poem... Too Wonderful..


There was a blind boy called Joe in my class who happen to be very interested in English literature. Last week our teacher gave us a poetry assignment to write and present it in front of the class. The poem must be about the wonderful and fascinating nature in the world.

This is what Joe wrote:

"Roses are black,
Violet are black,
Everything is black,
I can't see"

Panduan Untuk Usahawan Bisnes Kecil-Kecilan


Panduan Untuk Usahawan Bisnes Kecil-Kecilan

Semua usahawan yang telah berjaya dan mencipta nama bermula dengan bisnes kecil-kecilan. Daripada perniagaan kecil inilah anda akan mempelajari banyak perkara tentang bisnes. Jadi janganlah berasa rendah diri jika anda baru berjinak-jinak berniaga tudung melalui online mahu pun berjualan di pasar malam.

Biar pun sekadar terbabit dengan bisnes kecil namun untuk ia berjaya anda perlukan persediaan ilmu. Minggu ini untuk anda yang baru belajar berniaga, ada panduan untuk anda.

1. Bersedia untuk gagal.

• Bukanlah mendoakan ataupun mengharapkan perniagaan yang bakal dibina itu menempuh kegagalan tapi satu peringatan kepada diri bahawa untuk berjaya sebagai peniaga bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila anda bersedia gagal sebenarnya anda sedang menolak kegagalan itu daripada berlaku. Tetapi apabila anda melupakan bahawa dalam perniagaan kegagalan itu sangat hampir, anda sebenarnya sedang menuju ke arah kegagalan itu sendiri. Maksud tersirat bersedia untuk gagal sebagai motivasi dan peringatan kepada diri bahawa kegagalan tidak boleh berlaku dalam perjalanan perniagaan anda.

2. Merancang dengan baik.

• Anda harus ingat bahawa pelan perniagaan adalah asas bagi permulaan perniagaan. Ia perlu termasuk dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Pelan perniagaan itu harus ada untuk memudahkan anda melihat sejauh mana pencapaian yang perlu dicapai dan apa yang perlu dilakukan untuk memastikan perniagaan anda beralih ke setapak lagi kemajuan. Jika tiada pelan perniagaan maka tidak mustahil perniagaan anda akan berada dalam skala sama untuk beberapa tahun tanpa ada kemajuan dan sebagainya. Sebenarnya, sebuah pelan perniagaan akan mempengaruhi pengusaha atau pemilik perniagaan untuk berfikir tentang keseluruhan operasi dan mencapai kata sepakat mengenai kekuatan dan kelemahan perniagaan itu.


3. Bajet tidak mencukupi.

• Ini antara masalah kepada mereka yang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Masalah bajet sentiasa menjadi kekangan untuk bergerak dengan lebih jauh dan pantas. Tetapi ia boleh diatasi dengan cara berbelanja mengikut kemampuan syarikat. Mungkin apa-apa yang tidak diperlukan lagi oleh perniagaan itu, anda tidak perlu membelinya terlebih dahulu. Berikan perhatian kepada perkara yang lebih penting contohnya bajet untuk bahan mentah, tenaga pekerja dan sedikit untuk tujuan promosi dan pemasaran.

4. Pentingnya iklan.

• Pelbagai cara telah anda lakukan tetapi tahap jualan masih belum meningkat. Anda juga telah menawarkan harga berpatutan tetapi jualan masih pada tahap biasa. Tidak tahu di mana silapnya. Hanya satu perkara yang boleh membantu anda iaitu iklan. Iklan adalah cara terbaik untuk menguar-uarkan perniagaan anda dan memberitahu pasaran mengenai produk yang anda miliki. Percaya atau tidak, untuk tujuan iklan anda perlu memperuntukkan sedikit wang. Ia berbaloi kerana selepas semua orang tahu mengenai perniagaan anda tidak mustahil hasil jualan akan meningkat mendadak. Jika anda tidak tahu mengenai iklan dan pemasaran, elok bertanya ataupun mengupah mereka yang tahu mengenainya untuk melakukan bagi pihak anda.

5. Sabar.

• Faktor utama untuk mewujudkan sesuatu aura positif dan seterusnya mencapai kejayaan ialah kesabaran. Bersabarlah dan jangan terburu-buru untuk berjaya. Dengan nilai-nilai yang tepat kejayaan pasti diperoleh. Bersabar dengan setiap ujian dan cabaran yang diberikan pasti akan membuahkan kejayaan. Di samping itu, sikap sabar juga menjadikan anda seorang yang tenang dalam menghadapi apa-apa sahaja perkara mendatang. Sama ada perkara baik ataupun sebaliknya. Selain itu sabarlah untuk meneruskan perniagaan kecil-kecilan. Mana tahu satu hari nanti ia akan menjadi sebuah perniagaan berskala besar.


23 November 2013

Dimensi Mistik di Flex FM


Sesungguhnya kita tidak hidup sendirian di dunia ini. Telah termaktub di dalam al-Quran dan Hadis bahawa terdapat unsur lain selain manusia yang hidup di dunia ini. Semuanya tetap menjadi hamba kepada yang Maha Esa. Bagi minda kita yang masih tidak terjangkau dipagari kekhilafan diri, tidak akan mampu kita mengolah dan mengetahui perancangan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Namun, janji Syaitan terhadap Allah yang satu ini tetap sama dan berjalan. Penyesatan umat manusia daripada mengingati Sang Pencipta dan membawa bersama dibakar ke lembah neraka. Pelbagai cara dan muslihat dilakukan demi operasi mereka ini berjaya.

Oleh itu, semestinya kes-kes yang melibatkan aktiviti paranormal yang berlaku banyak terjadi. Di Flex FM, kami akan keudarakan kisah-kisah mistik yang pernah berlaku dan semoga ia menjadi pedoman dan panduan kepada kita supaya lebih berhati-hati dalam menempuh kehidupan ini.

Segmen selama 2 jam ini akan memaparkan 4 kisah berlainan dan akan bersiaran setiap Khamis jam 10 malam. Pastikan anda bersiaran bersama kami dalam menyusuri dimensi ghaib ini.

Ingat... kita takut pada tuhan... bukan hantu.


20 November 2013

7 Tanda Awek Anda Belum Boleh Dibuat Bini.


Kalau korang dah berawek dan merancang untuk berkahwin tapi masih buntu memikirkan awek korang tu boleh ke tak dijadikan isteri, dont be khuatir.. kat bawah ni dah disenaraikan ciri-ciri awek yang masih belum sesuai dibuat bini.

- Belum apa-apa suara dia dah tahap cikgu kawad kaki sekolah menengah. Pantang lambat sikit mulalah dia menjerit-jerit. Kalau dapat jenis ni, baik korang kawan dengan singa je la.

- Bila awek korang tak reti bezakan antara ikan kembung dengan bunga keembung. Tu belum cerita bab masakan lain. Nampak gayanya kalau korang kawen makan kat kedai jela.

- Bila dia tak tau siang dengan malam ataupun dia tak reti tengok jam. Pukul 8 pagi korang call tak bangun lagi. Pukul 12 pun tak bangun. Paling awal pun dia bangun pukul 3 petang. Baik korang pikir lebih 3 kali sama ada nak kawen ke tak.

- Bila sesekali korang check handphone dia, banyak yang nama Ahmad dari nama Siti. Lepas tu kejap-kejap talipon dia berbunyi. Cakap pulak jauh dari korang. Err.. tak paham lagi ke?

- Awek korang suka sangat pengsan kat shopping complex. Pandai pilih pulak tu.. pengsan depan kedai yang mahal-mahal je. Tak paham? Pengsan tu ayat kiasan. Ayat yang betul, kaki mengabihkan duit korang.

- Bila dia boleh berlakon dengan hebat. Korang ajak dating, 1001 alasan dia bagi tapi lepas kantoi dia keluar dengan orang lain. Tengok la lepas tu, mulalah dia buat filem sedih depan korang.

- Asal salah sikit mintak putus, salah sikit suruh 'clash', sok dah kawin korang standby kat pejabat kadi je la.. bahagian cerai dan rujuk.

Sumber: -->AR<-- lexfm="" p="">

18 November 2013

Bezanya Orang Dulu-Dulu Dengan Sekarang


Zaman dulu, cara hukuman ibubapa juga berbeza dengan ibubapa sekarang. Dulu, kalau nakal je, memang siap la kena rotan. Siap kena kejar keliling kampung lagi. Budak-budak zaman sekarang kebanyakkannya dimanja oleh ibubapa. Kalau cikgu rotan murid, ibubapa pergi serang cikgu tu. Kalau dulu, murid kena rotan dengan cikgu, balik rumah kena lagi dengan ibubapa. Pergh... thrill life dulu-dulu kan?

Dulu-dulu, kalau bercinta, bukan main takut kalau kantoi dengan ibubapa. Lagi-lagi kalau time masih bersekolah. Berbeza betul dengan orang sekarang. Bukan setakat bercinta malah kalau berzina pun siap post gambar dan video. Perghh...

Orang-orang dulu pandai berdikari dengan mencari kerja, berhijrah ke bandar dan sebagainya. Tetapi pada zaman sekarang, kebanyakannya lebih rela mengganggur kerana cukup selesa disara ibubapa... ye la kan. Sekarang ni ramai ibubapa kaya. Jadi tahap manjakan anak-anak tu lain macam sikit rupanya.

So.. apa pendapat anda? Zaman dulu ke zaman sekarang yang best? Haa.. apa-apa pun, semuanya jatuh terhadap diri sendiri sebenarnya. Zaman sekarang kita sudah ada semua kemudahan yang sungguh menyenangkan. Jadi, kita harus bersyukur dan jangan menyalahgunakan nikmat-nikmat yang ada.


Bagaimana Nak Kekalkan Berat Badan Yang Ideal?


Ramai di luar sana yang menginginkan berat badan yang ideal, tapi apabila dah dapat, tiba-tiba berat badan naik kembali. Malah secara mendadak pulak tu. Haishh.. so macam mana nak kekalkan berat badan yang ideal? Haa.. ikuti tips-tips ini:

- Rancang pemakanan.
Lebih-lebih lagi anda ni memang jenis yang selalu pergi majlis keramaian. Ye la kan, makanan yang dihidangkan memang sangat mengiurkan. So, apa kata anda makan atau isi perut dulu sebelum sebelum ke majlis tu. Haa.. dengan itu, anda sendiri pun akan kawal makan nanti.

- Beri penghargaan
Perkara yang membuatkan anda cepat berputus asa adalah motivasi. Kadangkala kalau dah tiada motivasi tu, memang susah nak teruskan misi nak kekal sihat ni. So, berilah penghargaan pada diri anda tu ye. Jangan pula manjakan diri dengan makanan pula. Tapi belilah sesuatu yang boleh naikkan semangat anda lagi seperti baju yang saiz sedikit kecil ke atau pergi spa ke kan, haa.. barulah semangat boost kembali!

- Tetap amalkan rutin kesihatan
Walaupun anda sudah kecapi berat badan yang anda inginkan, jangan pula anda tinggalkan ye. Nanti makin naik pula berat badan tu.

- Minimumkan makanan
Makanan yang lazat ni memang sangat-sangat menduga kan? So, tetapkan hati anda dengan bersabar. Dan kalau anda tak tahan sangat, cuba makan sedikit saja makanan tersebut seperti ambil tiga suapan saja ke. Makan sekadar merasa.. bukan melantak.

- Rekod makanan
Ramai yang tidak buat rekod makanan kan? Haa, apa kita lepas ni kita cuba pula merekod makanan anda. So, anda boleh keep track makanan apa yang anda makan jika berat badan anda naik. So, kita boleh take note dan hindari makanan itu lepas ni.

- Tingkatkan minat bersenam.
Memang payah kalau nak bersenam ni. Lagi-lagi kalau dah terkena simptom pre-work out tu. Perghh memang payah. So, kalau anda memang jenis tiada masa sekali pun untuk bersenam, pastikan anda boleh buat senaman yang simple-simple. Kat opis pun boleh buat macam push up, lompat bintang dan sebagainya. Atau kalau nak lagi senang, park kereta jauh daripada opis supaya anda boleh berjalan kaki. Haa... paling tidak pun boleh bakar kalori kan?


07 November 2013

Brain Diagram: Deception From Young


I try to make a point here.

Bagaimana kita hendak kita hendak menjadi baik jika kita diadunkan untuk menjadi jahat sejak kecil?

Sewaktu kecil kita disajikan dengan watak-watak seperti Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty, Tarzan...

Padahal,

Cinderella - Curi-curi keluar pada waktu malam untuk pergi party.
Snow White - Tinggal di rumah bersama 7 orang lelaki.
Sleeping Beauty - Dapat ciuman dan terus berkahwin dengan orang yang tak dikenali.
Tarzan - Berjalan dalam hutan dengan keadaan hampir bogel.

Bagaimana kita dapat membesar dengan baik jika watak-watak rancangan kanak-kanak menjadi hancur sewaktu meningkat dewasa seperti Britney Spears, Lindsay Lohan, Miley Cyrus dan Ananda Bynes?

Bagaimana kita ingin sihat jika kita disajikan dengan iklan-iklan keakraban sahabat-sahabat dan famili di restoran fast food?

Bagaimana ingin bersama keluarga bahagia jika kita disajikan dengan adegan-adegan suami isteri dan keluarga bergaduh sewaktu makan bersama di meja makan? Padahal makan bersama famili merupakan salah satu sunnah dan rahsia kebahagiaan keluarga?

Bagaimana kita ingin menjadi suci jika kita disajikan dengan iklan dan babak berpakaian seksi, kehilangan dara, berparty, seks rambang, pergi kelab malam dan minum arak sebagai sesuatu trend yang cool dan kolot jika tidak diikuti?

Otak manusia merupakan sesuatu ciptaan yang tiada bandingannya. Ia mampu mengolah dan memberi alasan yang baik apabila ia dijamu dengan input-input secara berterusan. Walau benda itu salah, tapi apabila disajikan dengan selalu, ia hanya perlu mencari alasan bahawa benda itu baik..

Cuba berfikir sejenak... Kita yang kini ini, adakah atas ketidakprihatinan atau sebenarnya telah lama terdedah dengan doktrinasi yang tidak sihat?

Mari selami diri kita hari ini dan berazam menjadi lebih baik... Inshallah.


24 October 2013

(CCTV) Rompakan Ambank USJ: Satu Kekejaman Yang Tidak Berperikemanusiaan


Pernah tak korang baca artikel aku mengenai Malaysian Psycho? Ye.. inilah salah satu bukti yang menunjukkan betapa orang kita sekarang ini semakin lama semakin kejam. Kejadian ni terjadi dalam sebuah bank yang rata-ratanya dilindungi oleh para pegawai keselamatan. Bagaimana pula jika pagar yang diharap, pagar yang makan padi?

Bayangkan la orang yang disuruh untuk melindungi pegawai yang membuka bilik kebal sendiri yang membuat dajal di situ? Bukan setakat nak merompak je, tapi siap membunuh sekali. Tak berhati perut langsung. Mangsa yang terkena tembak di kepala itu meninggal di tempat kejadian. Umur Allahyarhamah baru je 37 tahun. Tak fikir ke dia ada keluarga ke, ada anak ke dan ada tanggungjawab?

Bodoh nak mampus. Fikirlah... walau apa pun alasan nak merompak, tapi still ia adalah satu kesalahan dan dosa. Banyak cara lain yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah. Bukan dengan merompak dan membunuh orang yang tidak bersalah.

Orang-orang macam ni tak sepatutnya dibiarkan sahaja di luar sana. Patut di humban ke dalam penjara seumur hidup. Better jika dia dihukum gantung sampai mati kerana tangan beliau yang telah membunuh sorang yang tidak bersalah. Yang cuma bertugas untuk mencari rezeki.

Aku harap polis dan masyarakat dapat mencari pembunuh ini. Dan bawa ke muka pengadilan.

Dan aku harap juga supaya undang-undang diperketatkan lagi supaya jenayah seperti ini tidak berulang lagi. Kesian aku tengok.. saban hari, semakin ramai orang yang tidak bersalah terbunuh di tangan orang yang berperangai setan sebegini.

Al-Fatihah kepada mangsa. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

p/s: Di bawah merupakan video CCTV dan rujukan laporan mengenai kisah ini.

Disclaimer: Tujuan video ini dipost bukanlah berniat untuk menjatuhkan maruah mangsa. Tetapi bagi tunjukkan bukti betapa kejam si pembunuh dan atas rasa geram dan marah terhadap syaitan ini. Sekian.



SUBANG JAYA 23 Okt. - Seorang pegawai operasi AmBank maut akibat ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank sendiri dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2 di sini petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan sejurus pintunya dibuka.

Tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun itu tepat mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek dikenali sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah itu kemudian mengambil sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam sebuah beg berwarna hitam yang dibawanya.
"Dia kemudian keluar menerusi pintu hadapan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Abdul Rahim seterusnya memberitahu, polis kini memburu suspek yang dianggap kejam dan berbahaya itu kerana turut melarikan senjata api berkenaan.
"Kita telah mengenal pasti identiti suspek tetapi apabila diperiksa kad pengenalannya, dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.
Abdul Rahim memberitahu, pihaknya menyiasat sekiranya suspek berkemungkinan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu.

"Sebenarnya suspek berkhidmat di Bank Muamalat yang terletak bersebelahan AmBank dan merupakan pengawal gantian di bank itu hari ini.
"Kami telah mendapatkan maklumat dari syarikat keselamatan dan mereka memberitahu, suspek telah bekerja sebagai pengawal selama setahun dan telah bertugas di pelbagai bank," katanya.
Sementara itu, mangsa difahamkan telah 16 tahun bekerja di bank berkenaan dan mempunyai sepasang cahaya mata.


Sumber : Utusan


22 October 2013

Malulah Berada dalam Majoriti.


Seperti biasa, aku akan pergi ke tempat kerja aku menaiki tren LRT. Dan sudah tentu di dalam tren itu, terdapat ramai orang yang menggunakan pengangkutan awam ini menuju ke destinasi masing-masing. Aku stress sebab stesen yang ingin aku tuju masih lagi jauh dan aku terpaksa berdiri. Tempat duduk semua dah full dah. Dalam tren tu dah macam dalam tin sardin dah aku tengok.

So setelah separuh perjalanan ke destinasi aku tibalah tren di sebuah stesen dan masuklah seorang pemuda yang pada pandangan aku, amat teruk sekali. Aku tak tau kenapa aku berfikiran macam tu tapi daripada imej beliau, minda aku segera bagi satu impression yang tidak aku sendiri senangi. Beliau seorang yang kurus, memakai jeans yang lusuh serta terdapat koyak di bahagian lutut. Beliau mengenakan fesyen punk pada rambut beliau dengan dye berwarna maroon. Bibir beliau agak hitam dengan subang terdapat di hidung, telinga dan kening. Selain tu, baju yang dikenakan sememangnya tidak melambangkan seorang yang professional dengan kesan lusuh serta bergambar simbol pemberontak.

Dan seperti aku juga, beliau terpaksa berdiri setelah melihat tiada tempat duduk. Oleh kerana keadaan padat, beliau terpaksa berdiri di sebelah aku memandangkan terdapat ruang yang boleh memuatkan beliau di sisi aku ni. Aku buat tak tau je. Malas nak tenung dia lama-lama nanti dia ingat aku nak carik gaduh ke apa ke. So, aku pun surf Facebook aku di smartphone. Orang-orang lain yang berada dalam tren pun aku lihat semuanya tertumpu pada smartphone masing-masing. Tak kurang juga yang sibuk bermain Candy Crush di iPad dan juga yang sibuk ber-Whatsapp.

Dan pemuda sebelah aku ni pun bukak beg yang dibawanya bersama. Dalam hati aku, dia ni mesti nak keluarkan MP3 player dia ni. Ntah la... mungkin ini satu tabiat buruk aku yang harus aku buang iaitu cepat ber-pra sangka terhadap orang lain. Tetapi dalam kes ni, aku betul sebab sememangnya pemuda tu keluarkan MP3 player dia dan start dengar lagu-lagu band punk dan reggae. Aku tau kerana beliau memasang kuat sehingga boleh terdengar beat-beat dari earphone beliau. Dan macam mana aku tau tu lagu punk? Tu satu lagi kisah yang bagi aku takde kene mengena dengan cerita ni.

So, aku pun teruskan dengan buat tak tau aku sambil layan-layan Facebook. Sekali-sekala mata aku teralih pada pemuda sebelah aku ni memandangkan imej beliau amat-amat lain daripada orang-orang lain. Dan, setelah beliau setel memilih lagu dalam MP3 beliau, tangannya kembali ke dalam beg untuk mengambil sesuatu. Dan kali ini, aku tidak meneka. Hanya pandang saja.

Aku malu. Bukan kerana benda lain tetapi pada diri aku sendiri. Di saat semua orang di dalam tren memegang alatan elektronik untuk bersama yang lain dalam dunia internet, pemuda yang pada anggapan aku ni teruk keluarkan sebuah buku ilmu bertajuk "Milton Friedman: Capitalism & Freedom". Sebuah buku ilmu mengenai sosial manusia yang terjadi dikalangan orang-orang macam aku, dan orang-orang lain di dunia ni. Dan beliau pun membaca dengan khusyuknya. Iye.. tajuknya berat. Tetapi kenapa orang seperti pemuda tersebut mampu untuk membuka buku sedangkan orang-orang macam kita yang bajet hebat, urban, sosialize, ada karier yang boombastik dan sebagainya ni tidak mampu keluar daripada kepompong doktrin minda yang disediakan oleh internet. Sehinggakan makan semeja pun boleh lagi bermain handphone.

Nampak tak? Kita semua dah jadik seakan zombie yang tidak boleh lekang daripada internet. Dan oleh kerana terlalu banyak terpengaruh dengan apa yang difitnahkan di dalam alam maya itu, minda dan perspektif kita diolah mengikut 'trend' dan 'sosial' yang kebanyakannya tidak menyihatkan. Aku sebenarnya kagum dengan pemuda tersebut. Walaupun, beliau agak selekeh dan kusut, tetapi beliau represent something yang telah lama hilang dalam hidup kita ni iaitu, 'stand beside philosophy'. Di mana kita percaya dan terus pejuangkan falsafah yang kita pegang dalam diri. Bukan sekadar hanyut di lautan 'trend' masa kini. Kalau KPop naik, kita pun ikut. Kalau seorang jadik reality TV start, kita pun terikut jugak. In the end... kita semua akan jadi plastik.

Dan yang paling penting.... aku sangat-sangat terasa. Aku, anda dan ramai di luar sana......sudah lama tidak membuka buku dan baca.




17 October 2013

Brain Games: Anda tidak sedar kenapa anda buat keputusan itu sebenarnya.


Beberapa hari ni aku berjinak-jinak dengan dokumentari yang ditayangkan di Astro channel National Geography HD yang bertajuk, Brain Games.

At first, aku rasa macam rancangan ni cuma sekadar rancangan yang mengasah minda kita dengan permainan uji IQ tetapi selepas beberapa episod, aku dapat rasakan bahawa mereka berjaya expose satu-satu perkara yang kita selama hidup ini tak sedar.

Sebenarnya, kita sentiasa merasakan diri kita berkuasa dalam membuat keputusan. Tetapi bagi pengiklan, ahli politik, atau salesman yang berkemahiran, mereka boleh menjadi pemangkin dalam proses anda membuat keputusan. Mereka boleh letak atau stamp kan input dalam minda bawah sedar supaya anda membuat keputusan itu. Dengan erti kata lain, anda membuat keputusan seperti mana mereka mahukan. Bukan di atas kerelaan anda sendiri.

Proses ini dinamakan 'persuasion power' (kuasa pujukan) di mana mereka menanam benih input dalam minda bawah sedar anda dan menunggu ia bercambah sehingga akhirnya menjadi satu ketagihan pada anda.

Tidak percaya? Try permainan ini:

1. Pilih satu nombor dari 1 hingga 5.
2. Darabkan nombor tersebut dengan 9.
3. Jika jawapan anda dua digit, tambah kedua-dua nombor tersebut. Jika tidak, stay dengan jawapan itu.
4. Ok, sekarang tolak nombor terbaru anda itu dengan 5. Jawapan hasil tolak ini adalah jawapan terakhir anda.

5. Sekarang, tukar jawapan akhir anda itu kepada huruf seperti berikut.
1 = Q
2 = R
3 = S
4 = T
5 = U
6 = V

6. Sekarang, namakan sebuah negeri di Malaysia yang bermula dengan huruf anda itu.
7. Ok, sekarang ambil huruf terakhir daripada ejaan nama negeri itu, dan namakan seekor haiwan yang bermula dengan huruf tersebut.
8. Dengan menggunakan huruf yang sama anda namakan haiwan itu, namakan satu jenis warna.

Jikalau anda dapat seekor unta yang berwarna ungu di Terengganu sebagai jawapan, jangan khuatir...anda tergolong daripada 85% daripada mereka yang menjawab permainan ini.

Bagaimana saya dapat membaca fikiran anda?

Actually.. saya tidak mampu membaca minda anda. Tetapi jawapan anda itu adalah jawapan yang saya ingin anda jawab. Ye.. anda mungkin rasa anda yang membuat keputusan sendiri tetapi secara teknikalnya, jawapan yang anda dapat itu merupakan jawapan yang telah disetkan untuk anda menjawabnya.

Pelik kan?

Begitu juga dengan pengiklan. Mereka mampu untuk menjuruskan anda untuk memilih produk mereka.

Ok la, jika anda disuruh memilih ubat gigi berkotak warna merah, apa yang terlintas dalam fikiran anda? 85% memilih Colgate. Begitu juga jika anda diminta memilih sabun pencuci berwarna biru, 45% akan memilih Fab dan 30% akan pilih Dynamo.

Bagaimana minda kita terjerumus ke kancah ingat pada produk-produk tersebut? Padahal kadang-kadang sememangnya kita tak pernah pun menggunakannya. Haa... sudah pasti dengan banner-banner, bunting, flyers, media massa dan cetak. Memang pada mulanya anda tidak menyedari atau sekadar sekali imbas sahaja melihat iklan-iklan tersebut. Tetapi tahukah anda bahawa teknik ini mampu menyimpan input ini dalam minda bawah sedar anda sehingga apabila anda ke pasaraya, anda akan cepat tangkap nama produk tersebut dengan hanya melihat warna. Hebat bukan?


Ok la.. jom berbalik kepada permainan tadi. 

At first, saya menyuruh anda memilih nombor 1 hingga 5 dan darabkannya dengan 9. Dan kemudian, saya menyuruh anda tambah kedua-dua digit tersebut dan tolaknya dengan 5. Cuba anda kira dengan menggunakan kesemua nombor yang ada dari 1 hingga 5. Sudah pastinya anda akan end up dengan 4. Tak percaya? Cuba kira.

Dan saya sengaja letak 4 sebagai huruf 'T'.

Ok.. the trick part. Tahukah anda bahawa terdapat satu sahaja negeri dalam Malaysia ini yang bermula dengan huruf T iaitu Terangganu? Itulah sebabnya anda memilih negeri itu. Dan dengan menggunakan huruf terakhir dalam ejaan Terengganu iaitu "U" saya dapat agak anda akan memilih 'Unta" dan juga "Ungu" kerana haiwan dan warna tersebut merupakan nama yang terkenal dan akan cepat ditangkap oleh minda anda.

Tu la sebabnya, anda akan memikirkan seekor unta yang berwarna ungu di Terengganu.

So.. bayangkan kalau isi atau input yang lain di tanamkan dalam pemikiran kita? Input yang tidak baik atau merosakan? bayangkan terhadap perspektif kita. Seperti yang dilakukan oleh ahli politik, puak pemberontak dan sebagainya.

Jadi, sebelum anda membuat apa-apa keputusan, pastikan anda berfikir dahulu kerana tak semua keputusan yang anda buat adalah diatas kerelaan anda. Bahkan, ia sebuah perancangan yang telah dibuat untuk anda membuat keputusan itu.

p/s: Bila anda memikirkan anda yang membuat keputusan, fikir balik.




13 October 2013

ART: Awake



“I had a dream I was awake and I woke up to find myself asleep.”
Stan Laurel



Resipi: Malataly Macaroni (Malaysia + Italy Macaroni)


Ramai yang menanyakan saya bagaimana ingin twist atau tembungkan masakan ala Itali dengan Malaysia tanpa membuang identiti masakan tersebut. Bagi saya, pertembungan budaya. So, dengan itu saya come out dengan satu idea memasak dengan menggunakan kedua-dua unsur dan hasilnya boleh tahan juga. Saya namakan masakan tersebut, Malataly Macaroni.

Ye.. namanya saja sudah menunjukkan Malaysia + Italy kan. So, dua unsur penting dalam masakan ini adalah macaroni dan sardin. Dan berikut cara membuatnya.

Bahan-bahan:
-> 1 Tin Sardin - Ikan dihancurkan.
-> 3 ulas Bawang Merah dan  2 ulas bawang putih (ditumbuk)
-> 2 sudu mentega
-> 1 sudu madu lebah
-> 3 - 4 Biji Cili Merah / Kampung (dihiris)
-> 3 - 4 batang hotdog (dipotong-potong)
-> Garam
-> Macaroni


Cara-cara:
1. Rebus macaroni selama 3-4 minit dan tos kan airnya.
2. Tumis bawang merah dan putih, madu lebah serta cili  menggunakan mentega.
3. Masukan sardin dan kacau selama 3 minit.
4. Sebatikan sardin tadi dengan garam secukup rasa.
5. Masukkan macaroni dan gaul sehingga sebati.
6. Sertakan hotdog yang telah dipotong tadi dan gaulkan bersama macaroni tadi.
7. Hidang.

Note:
1. Apabila kita menggunakan mentega sebagai minyak, ia menjadikan masakan ini menjadi lebih ke arah budaya eropah yang terkenal dengan penggunaan susu krim dan juga keju. Jadi, penggunaan mentega merupakan sinonim terhadap budaya itu.
2. Madu lebah digunakan bagi menaikkan rasa manis yang diimbangi dengan rasa hangat daripada cili. Malah ia lebih baik digunakan berbanding gula.
3. Penggunaan cili ada mengikut budaya melayu yang sukakan kehangatan dalam masakan dan ditemani oleh rasa krim daripada mentega yang menjelaskan lagi pertembungan antara dua budaya di dalam masakan ini.

Selamat mencuba!!



11 October 2013

Kahwin: Sampai Bila Nak Berzina? Takut Ke Nak Kahwin??


Di dunia yang serba moden dan canggih ini, kita dapat lihat perubahan pada sosial masyarakat kita. Ada yang pro dan ada yang contranya. Kita dapat lihat orang-orang kita berjaya dalam karier sehingga mampu membawa nama ke persada antarabangsa. Dengan kepesatan mobiliti itu, generasi muda kita boleh dilihat semakin merudum dari segi moralnya.

Ini dapat dilihat daripada tersebar video-video masalah sosial yang berlaku terutamanya yang berkenaan penzinaan dan 'kepailangan'. Dan bila bercerita mengenai penzinaan, bukan golongan muda sahaja bermasalah, bahkan golongan dewasa yang mampu pun turut serta dalam kancah masalah sosial yang tidak sihat ini.

Mengapa tidak mahu kahwin?

Kadangkala, seperti mana yang aku nampak, orang-orang kita memang liat betul nak kahwin. Malah lebih suka berzina daripada melakukan hubungan secara halal. Bila ditanya, ramai yang berkata tidak bersedia dan sebagainya.

Perkahwinan bukanlah suatu titik noktah. Inilah persepsi yang harus ditukar pada pemikiran orang kita. Ramai yang menggangap bahawa bila dah berkahwin, semuanya pun akan berhenti. Ia merupakan satu pandangan yang salah. Sebab bagi aku, perkahwinan adalah percambahan pokok cinta yang disemai dari awal. Sehinggakan bagi pasangan yang sudah berkahwin pun, suka merujuk zaman sebelum nikah sebagai "waktu bercinta dahulu", ibarat selepas kahwin tiada lagi bercinta.

Perkahwinan bukanlah titik henti kepada semuanya. Malah ia amat indah dan suatu kenikmatan yang harus dikejar. So, kepada ibubapa yang mempunyai anak yang ingin berkahwin, restukanlah kerana ia lebih baik daripada membiarkan anak menjerumuskan diri mereka ke gejala tidak sihat.

Jangan susahkan keadaan dengan permintaan hantaran dan majlis yang diluar kemampuan. Kesian kepada mereka yang ingin menghalalkan cinta mereka.

Dan golongan yang belum berkahwin pula, janganlah menganggap bahawa perkahwinan suatu yang membebankan, malah ia merupakan suatu kenikmatan yang tiada tandingannya. Bila sudah bernikah, cambahkan kasih sayang sampai bila-bila kerana percintaan selepas berkahwin adalah cinta halal dan akan dibawa ke akhirat kelak.


10 October 2013

Spoil Kids... Spoil Kids Everywhere...


I admit.. the best era in this life is the 90s era. We had great music, great economics, great politics and even great a great society. But now we claim that today's generation is a rotten one and seems to be broken.

Do we consider that, it's the 90s origin parents that spoils this generation?

If I happen to be a daddy one day (inshaallah), I pledge myself not to spoil my kid to be a rotten one. I'll cane them if I had to. I'll teach them the old-school way to respect others. And I will teach them to have pain before to gain anything. So help me God.

I just fed up to see today's kids which mostly loss the sense to be a good being. I was eating in a restaurant when I saw a kid with his PSP scolding his parent for not ordering Coke for him. And keep his eye firmly at the game console when his parent try to talk to him. If I were that kid back in my days, my father would gave me a wonderful gift of all. A nice red cheek.

08 October 2013

Aku Pembeli, Kau Peniaga... Sekarang Ni, Siapa Yang Bagi Duit Kat Siapa?


Kisah ni terjadi kat aku baru je kejap tadi. Dalam pukul 3.45petang tadi. Aku on the way nak pergi kerja, dan aku memang terasa sangat lapar disebabkan pagi tadi aku terpaksa skip breakfast atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. So, aku pun berkunjunglah ke sebuah restoran melayu yang terdapat di Setiawangsa ni. Aku nak bungkus makanan je pun.

Kat situ, lauk dah tinggal sikit, bagi aku that's ok la kan sebab masa tu pun dah pukul berapa. Nak masuk minum petang dah pun. So, aku bungkus je la makanan. Satu untuk isteri aku dan satu untuk aku. Memang niat aku pun nak beli dia makanan sebab nanti time balik, tak de la dia susah payah nak masak nak-nak aku pun balik lewat sebab syif petang.

Bila time nak bayar tu, muka cashier tu langsung takde senyuman pada wajah. Tu ok lagi sebab maybe dia tengah takde mood kena marah dengan bos ke apa ke kan. Aku just play positive je la. Nak mengira pun susah, siap pakai kalkulator. Dua tiga kali tengok makanan aku ambil tu. Nak kita berapa banyak lauk aku ambil dan kuantitinya. Aku tunggu je la. Dah siap kira, dia letak kalkulator tu kat meja. Ohoo.. dia tak letak biasa-biasa je ok, dia tak hempas jugak tapi agak kasar la cara dia. Ibarat campak sikit ke penjuru meja dia. Aku terpinga la kan. Dia ada tak puas hati kat aku ke apa ke.

Pastu dia bagi harga. Kat situ hiruk piruk. Bising. Bunyi pinggan disusun, pengunjung berbual dan sebagainya. Suara dia dah la perlahan, pastu mulut pun macam taknak cakap je.... ibarat bercakap sambil tutup mulut. The best thing, dia tak pandang aku pun! Siot ke tak siot tu?

So.. aku tanya la balik harga tersebut sebab aku kurang jelas. Dan tak semena-menanya, dengan muka mintak penendang, dia capai balik kalkulator tu dan kira balik makanan aku. Muka dia serius kalau aku jenis tak matang, dah kena penumbuk aku dah time tu. Macam aku kacau atau jadik satu musibah dalam hidup dia pulak. Pastu dia sebut harga...."RM7.40".

Aku pun capai dalam poket aku ngam-ngam RM7.40 aku tak bagi kat tangan dia. Aku lepaskan kat meja siap satu duit syilling 20 sen terjatuh kat meja. Aku ambil bungkusan makanan aku, aku chow. Langsung tak toleh tengok reaksi dia.

Ingatlah ye.. kalau anda tu seorang peniaga, respek la pelanggan anda. Sebab pelanggan la yang bagi duit pada peniagaan anda. Tak lokek sesen pun kalau senyum pada pelanggan. Duit yang datang dari pembeli, adalah duit untuk anda bergaji, bayar sewa kedai, beli bahan mentah dan sebagainya. So... sekarang ni fikir balik, anda buat berniaga untuk apa. Kalau untuk sara hidup, pandai-pandai la layan pembeli. Kalau tak, baik tak payah berniaga langsung!!

p/s: Serius sakit hati!

30 September 2013

Lose Weight Without Any Pills. (Translate Malay)


Ramai orang di luar sana yang menginginkan bentuk badan yang cantik serta menarik. Ada yang suka pergi gim. Ada yang suka berdiet sakan. Dan ada juga yang suka ambil jalan yang mudah iaitu dengan memakan pil-pil kurus bagi membantu mereka mencapai sasaran itu.

Menggunakan pil-pil kurus ni, bukanlah suatu tindakan yang bijak sebenar. Ada pil yang dijual di luar sana yang berkesan, tetapi banyak juga yang meninggalkan kesan yang buruk terhadap badan tidak kira untuk jangka masa yang pendek ataupun panjang. Terdapat pelbagai rekod kecacatan yang dialami oleh pengguna yang terlalu percayakan pil-pil kurus ini. Dan sebolehnya, kita patut hindari musibah ini.

So... kalau anda semua nak tahu, nah.. aku bagi tips-tips macam mana nak hilangkan berat badan tanpa ubat-ubatan. Ia senang dilakukan dan lebih menjimatkan.

- Jangan berlapar.
- Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan.
- Minum 8 gelas air sehari.
- Elak minum minuman bergas.
- Kurangkan pengambilan garam.
- Ambil sarapan pagi.
- Makan dengan perlahan-lahan.
- Kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil.
- Kunyah gula-gula getah jika ada keinginan makan snek ringan.
- Order minuman yang tidak manis apabila makan di gerai atau restoren.
- Makan lebih banyak sayuran dan buahan.
- Jangan timbang berat badan setiap hari.
- Simpan satu diari untuk catit progree makanan dan ganti dengan alternatif yang lebih sihat.
- Tumpukan perhatian untuk menjadi sihat... bukan sekadar untuk kurus.

Haa.. anda semua dipersilakan cuba tips-tips di atas ini dan lihat hasilnya dalam 2-3 bulan. Memang betul, tiada jalan pintas untuk kurus sebenarnya. Nak gain sesuatu, mestilah ada pain juga. So.. teruskan usaha anda semua ye. Dan kalau nak tau kenapa perlu lakukan tips-tips di atas, try buat dahulu. Dan anda akan alami dan fahami sendiri kenapa berbuat demikian nanti. Selamat berkurus!!


27 September 2013

The Truth About Us Today.... So Pathetic...


klik pada imej untuk besarkannya. Terima kasih.

Isteri Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) Minta Maaf Secara Terbuka.

(Artikel dibawah diambil dari blog-blog di serata internet.)


Kuala Lumpur: “Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.


Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


p/s: Pendapat aku, hm.... ko dah buat salah pada orang lain, buat apa ko minta maaf pada rakyat Malaysia?

26 September 2013

Keep Calm And......Be Honest


Dalam kehidupan kita, kita haruslah jujur dalam segala segi. Lebih-lebih lagi dalam hal yang melibatkan rezeki. Seandainya kita tidak jujur, hasil daripada perbuatan itu akan jatuh kepada haram. So.. janganlah sesekali menipu dalam urusan bisnes atau jual beli. Dalam perhubungan pun sama.

Bayangkan kita makan dari hasil yang haram. Bayangkan kalau anda beri anak anda makan dari hasil yang haram. Sudah pasti, walau macam mana anda buat, anda tidak akan diberkati. Apa yang anda dirikan, pasti akan jatuh terkubur jua. Kerana Allah itu lebih besar daripada kita.

Keunikan syaitan dalam permainan mereka adalah berdasarkan prinsip kegelapan. Untuk menjayakannya, mereka akan menjadi kawan anda. Beri segalanya kepada anda. Tunjuk betapa mereka ambil berat terhadap anda. Dan apabila kita telah dihanyutkan, di situ mereka akan pesongkan dan aniaya anda. Ye... itulah konsep pengkhianatan. Di mana orang yang paling kita percaya adalah seorang musuh dalam lipatan.

Kerana khianat dan pembelotan, negara kita pernah jatuh ke tangan yang lain. Kerana itu juga, pernah dalam sejarah, agama berpecah belah.

Seperti syaitan yang bawa kita masuk neraka setelah persembahkan lakonan dunia yang indah-indah, begitu juga dengan orang yang tidak jujur ini. Anda tidak sedar bila anda akan dianiaya.

Jadi... rakan-rakan, famili semua, janganlah kita bersikap seperti syaitan. Jujurlah dalam semua perkara. Sesungguhnya kejujuran itu tetap indah walaupun hakikatnya menyakitkan. Tidak kira dalam perniagaan, perhubungan dan sebagainya. Mari kita menjadi seorang yang lebih jujur!


25 September 2013

Saeeda Vorajee (Sahara Knite): A Muslim And A Professional Pornstar


Wow.. dunia ni sekarang aku tengok semakin liberal dan semakin universal. Ingat tak dulu sewaktu perkataan "seks" sendiri menjadi suatu benda yang taboo? Selepas tu kita semua terkejut bila terkeluarnya video-video mahasiswi bertudung berzina di tangga la, di taman la, malah ada yang atas motor. Kita semua terkejut dan terpegun dulu. Sekarang? Ia seolah dah sebati dalam kehidupan kita.

Dan, kita juga mempunyai seorang muslim yang aktif dalam industri filem lucah antarabangsa. Ye, walaupun bukanlah orang kita, tapi beliau merupakan seorang saudara kita yang beragama Islam. Sesuatu yang baru tu.

Actually, ia tidaklah sebaru yang mana. Malah kalau nak diikutkan, Saeeda Vorajee atau lebih dikenali dengan nama pentas beliau, Sahara Knite ni sebenarnya dah lama berkecimpung dalam bidang ni. Dan tujuan aku menulis post sebegini bukan sebenarnya untuk mempromosikan dia, tapi kalau boleh jadikan la iktibar dan sempadan ye wahai pembaca sekalian.

Bukan aku yang tentukan dosa pahala sesiapa. Bukan aku bagi rezeki pada orang. Semuanya adalah di atas tangan yang Esa. Biarlah Sang Pencipta kita menentukannya.


Dan sebagai info terhadap actress lucah ini, beliau merupakan seorang beragama Islam yang originnya dari India. Ibubapa Sahara Knite ni berhijrah ke kota London pada tahun 60an. Bliau juga menerima didikan yang baik oleh ibubapanya sejak kecil dengan memakai hijab sejak berusia 5 tahun dan melangkah kaki ke masjid setiap hari.

Sebelum memasuki industri filem lucah ini, Sahara Knite pernah bekerja di dalam bidang fesyen selama 11 tahun. Dan sudah tentunya, perubahan karier ini di rahsiakan daripada ibubapa beliau sehinggalah terkantoi dengan sepupu beliau yang memberitahu ibubapa Sahara Knite selepas melihat aksi beliau di salah sebuah program di kaca television.

Kini, Sahara Knite sudah dibuang oleh sebahagian besar keluarganya. Bukan itu sahaja, beliau telah banyak menerima ugutan bunuh dan beliau tetap dengan pendiriannya iaitu beliau akan terus beragama Islam. Dan oleh kerana itu, beliau tidak merokok, tidak minum arak, tidak makan makanan haram. Di samping itu, beliau juga beritahu bahawa walaupun beliau merupakan pelakon lucah, tetapi beliau tetap solat 5 waktu sehari dan membaca al-Quran.

So.. anda semua di luar ni. Bagaimana la agaknya ye? Semua dia ikut tapi tang "menjaga kehormatan diri" tu yang tak diikutnya... Apa-apa pun marilah kita berdoa agar satu hari nanti beliau akan kembali ke pangkal jalan. Bukan kita yang tentukan dosa pahala, jadi... yang baik jadikan teladan.. yang buruk, jadikan sempadan.

Wallahualam.

p/s: Sesiapa peminat drama siri The Game Of Thrones mesti pernah nampak muka pelakon ni.

The Power Of Breakfast! (Kuasa Sarapan)


Haa.. ramai di antara kita ni yang selalu je skip sarapan pagi, betul tak? Ye, aku pun tak nafikan bahawa kadang-kadang aku jugak di antara beribu orang yang suka skip sarapan. Ada je alasan untuk tidak sarapan. Takde selera la, takde masa la, takut sakit perut la, takut mengantuk dan alasan yang paling best pernah aku dengar.... sebab takut gemuk.

Haha.. bila difikirkan balik, memang la ia akan menyebabkan kegemukan, tapi andai sarapan yang korang ambil tu dah macam makan lunch. Nasi lemak lauk paru, ayam rendang serta sambal sotong serta air teh o ais dan kuih popia 3 ketul. Kalau makan banyak macam ni, tak payah tunggu sebulan, seminggu je pun boleh naik 10kg.

Tapi tahukah korang bahawa sarapan itu sangat penting? Even dalam Islam pun, kalau kita berpuasa, kita disuruh untuk bersahur dulu, sebelum mengerjakan puasa. Betul tak?

Haa.. terdapat manfaatnya berpuasa ni kalau korang nak tau.

Antaranya,

- Memberi 'bahan bakar' yang cukup untuk badan untuk memulakan hari korang.

Seperti juga kereta, badan kita memerlukan bahan bakar untuk bergerak. Oleh sebab kita sudah tidur pada malamnya, maka perut kita ni dah takde apa untuk dibakar untuk dibuat tenaga bagi badan. So.. that's why, orang-orang yang tak sarapan, lebih kerap mengantuk dan hilang fokus bila membuat kerja. 


- Memperkuatkan minda.

Selain daripada beri lebih fokus kepada minda kita, sarapan juga boleh menghindarkan kita daripada 'teringin' makanan yang tidak berkhasiat. Menurut satu kajian yang telah dijalankan, orang yang tidak mengambil sarapan, lebih cenderung untuk memikirkan makanan seperti burger, pizza dan snek-snek yang tidak berkhasiat berbanding orang yang mengambil sarapan. Ye la kan, perut dah meronta nak makan, otak mestilah akan menurut kata nafsu je.. betul tak?



- Menurunkan berat badan.

Haa.. bila perut sudah lapar, sudah tentu sewaktu makan tengahari, korang akan makan macam nak gila. Nampak semua makanan pun nak bedal. Betul tak? So... bila korang bersarapan, korang akan lebih cenderung untuk makan ringan-ringan je sewaktu tengahari. Bahkan barangkali korang boleh skip sebenarnya makan tengahari jika kalori yang digarap sewaktu sarapan sudah cukup untuk run sampai malam. So, dengan cara itu, berat badan korang pun boleh turun.



- Mencegah penyakit.

Dengan bersarapan dengan betul, korang boleh mencegah diri anda dari pelbagai penyakit. Sebagai contoh, jika anda makan bijiran atau oat, makanan tersebut boleh menjadi agen penyerap kolestrol berlebih dalam badan korang dan secara tidak langsung dapat menghindarkan korang daripada penyakit jantung. Dan dengan sarapan yang proper juga, korang boleh mencegah sakit-sakit seperti gastrik dan sebagainya.



So, oleh itu kalau korang ni jenis yang liat nak sarapan, jom bersama-sama aku kita ubah cara pemakanan kita sket dengan bersarapan dengan betul, supaya kita lebih sihat, proaktif dan positif, Inshallah.

Dan ye... bila nak makan, jangan lupa baca doa dulu ye.. demi keberkatan rezeki yang kita makan.


09 September 2013

Flex FM Live at The Kufazuke Show!

Ok.. seperti yang korang boleh lihat disebelah kanan channel ini, aku letak radio player yang berkumandangkan live streaming Flex FM! Woohoo.. kini, Flex FM bukan sahaja boleh didengari di laman web rasmi Flex FM, bahkan di channel The Kufazuke Show juga.

Jika korang ada permintaan lagu ke, atau apa saja yang berkaitan, bolehlah jenguk lama web rasmi Flex FM di SINI ye. Terdapat ruangan chatbox di sana dan korang semua dijemput untuk memeriahkan lagi suasana keceriaan bersama Flex FM!

So, jangan lupa like fan page Flex FM dan follow Flex FM di fan club!

05 September 2013

RM0.20: Kenaikan Harga Minyak


Sejak semalam, hingga ke hari ini, aku melihat newsfeed aku penuh dengan post-post berkenaan kenaikan harga minyak. Dan ye, semuanya marah dan protes.

Bagi aku, tidak kisah kita disebelah mana pun, marah-marah dan memprotes tidak akan menurunkan harga minyak sekelip mata. Bahkan kita terpaksa juga menempuhinya. Ia sesuatu yang kita secara personal, tidak dapat kawal.

So, think positively. Instead kita merungut kenaikan harga minyak dan hanya marah-marah, kenapa tidak kita senyum dan naikkan pendapatan kita pula. Merubah sesuatu yang di dalam kawalan kita.

Terdapat pelbagai channel dan cara halal mencari rezeki lebih dengan usaha serta medium yang betul. Sebab rata-rata yang merungut ni adalah yang jenis berfikiran kerja makan gaji sahaja. If let say anda seorang yang berfikiran peniaga, anda akan tahu bahawa rezeki itu terdapat di mana-mana. Dan jika bersungguh, Allah pasti akan bantu jua.

So stop bermasam muka. Senyum dan bilang 'bring it on'!

Anda hebat dan berjaya.

Sekian.

Tangan Tangan... Andailah aku ada banyak.


Ok. Seperti yang korang dapat lihat pada channel The Kufazuke Show ini, layout dan header nya sudah pun ditukarkan. Hm.. bukan selalukan dapat tukar environment. Sekali-sekala why not?

So... seperti yang korang sudah tau, (atau kepada yang baru nak tau), aku kini sedang giat dengan projek terbaru aku iaitu Flex FM. Sekarang dalam proses penyiapan untuk pelancaran radio online itu. Wow. Aku sendiri pun terasa macam tak sabar nak melancarkan projek itu dan berharap agar ia akan terus kekal dan maju ke depan lagi.

Dan dengan penyediaan itulah, aku semacam terasa macam aku telah menyisihkan channel aku yang telah aku giat selama lebih 2 tahun ini. Haish. Itulah dia, kalaulah aku mempunyai tangan-tangan yang banyak, mesti aku boleh banyak menulis dalam satu masa yang sama. Tapi nak buat macam mana, aku cuma manusia biasa. Haha.

But to no worry, aku berharap bila projek ini sudah berjalan dan stabil, aku akan menulis seperti biasa kembali dan why not, akan tambah dengan elemen-elemen yang baru. Dan segar!

Well...that's for sure!

So keep on tuning to The Kufazuke Show ok! dan jangan lupa untuk jenguk dan tuning juga ke Flex FM. Dimensi Baru...Bermula.

31 August 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-56


Wow.. tanpa disangka. Rupanya sudah genap 56 tahun negara kita yang tercinta ini merdeka. Dan sepanjang 56 tahun ni, banyak perubahan yang berlaku di negara. Naik dan turun.

Put aside politik, aku bersyukur yang negara kita ini merdeka. Seandainya tanah kita ini masih dijajah oleh penjajah yang suatu ketika dahulu enak meratah dan memonopolikan Tanah Malaya kita ini, sudah tentu sampai sekarang, kita menjadi hamba di negara sendiri.

Penjajahan.

Hm. Walaupun kita masih aman dan permai serta merdeka, sebenarnya kalau kita lihat pada perkembangan sosial generasi kita masa kini, aku berpendapat, kita masih lagi dijajah. Rata-rata semuanya sudah semakin lama, semakin menuju ke arah Barat dengan fahaman serta amalan sosial yang dijaja oleh Barat sehingga sedikit sebanyak identiti "orang Malaysia" semakin terhakis.

Negara kita mungkin tidak dipegang secara direct oleh negara luar, tetapi minda masyarakat kita semakin lama semakin digenggam erat oleh mereka. Tengok sajalah fesyen anak muda masa kini. Tengok sajalah masalah sosial yang melanda. Bukan nak tegur orang muda saja, malah orang dewasa bahkan yang tua bangka pun sama sahaja.

Kadang-kadang aku takut jika identiti kita bakal pupus suatu hari nanti dan yang akan tinggal cumalah orang-orang yang keliru serta mencari-cari. Kini, susah nak cari orang yang betul-betul berbangga dengan identiti sendiri. Tak percaya? Cuba berkenalan dengan mana-mana stranger. Anda barangkali akan mendapat 45% situasi begini,

"Hai.. Nama saya Crystal. Nama sebenar saya Oi Liang Piao"
"My name is Sam. My real name is Rajasamy a/l Ramamurthi"
"Name gua Bob , bro. Nama sebenar wa Daud Jusoh Bin Adnan"

So, by this time, korang pun boleh dapat tangkap kan apa aku cuba sampaikan?

Tengok pada gaya hidup orang sekarang pun sama. Tak ubah kalau bermastautin di negara bukan Islam yang lain. Zina berleluasa sana sini. Budak-budak sekolah pun hisap rokok. Budak yang tak tumbuh bulu pun dah pandai "papa-mama", berpakwe-makwe. Dan tak heran jugak sekarang ni, budak umur 14 tahun pun ada yang dah mengandung luar nikah. So, jika kita betul-betul merdeka, dari segi apakah yang paling wajar untuk kita klasifikasikan sebagai pembebasan itu? Jika kita masih dibawah bisikan penjajahan...

Renung-renungkan.... Selamat Hari Merdeka!!

Let's Interact!

me>